LaraMag

collapse
Home / ADUAN RAKYAT / YDP MPT turun padang dengar keluhan masyarakat

YDP MPT turun padang dengar keluhan masyarakat

Nov 12, 2021  Admin Perak Kini  2 views
Taiping - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), YBrs. Tuan Khairul Amir bin Mohamad Zubir meluangkan masa memenuhi jemputan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, YB Ahmad Saidi bin Mohamad Daud bagi Lawatan Turun Padang pada jam 3.00 petang bertempat di Masjid Al Islah Pengkalan Aur. Beliau hadir bagi mendengar keluhan dari wakil penduduk Taman Sungai Mas, Taman Kaya, Kampung Sentosa dan Kampung Larut Tin mengenai aduan jalan yang rosak, pembersihan longkang dan pemotongan rumput. Aduan yang melibatkan kesan Projek Pembinaan Loji Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Taman Sungai Mas telah dimaklumkan terus kepada Syarikat Perkasa Sutera Sdn Bhd (PSSB) untuk tindakan segera. Manakala aduan berkaitan penyelenggaran jalan, longkang, rumput, pokok dan lampu jalan telah dimaklumkan terus kepada Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB) untuk tindakan segera. Dalam sesi dialog bersama wakil penduduk turut dibangkitkan mengenai permohonan bonggol, sistem perparitan dan penyelenggaraan infastruktur akan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak Majlis. Turut hadir bersama Ahli Majlis, Clr. Encik Copusamy a/l Govindasamy, Setiausaha Perbandaran, Encik Kamaruzzaman bin Kamari, Pengarah Kejurteraan, Tuan Haji Mohd Yusoff bin Haji Caroshau, Penolong Pengurus PSSB, Ir. Kamarul Azhar bin Kamaruzzaman dan Pengurus Seksyen Larut Matang PEISB, Encik Mohd Hafez bin Halim.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.