LaraMag

collapse
Home / ADUAN RAKYAT / JAMBATAN MAUT BAKAL MERAGUT NYAWA

JAMBATAN MAUT BAKAL MERAGUT NYAWA

Feb 20, 2025  Ramli Ahmad Rozali  2 views
TANJUNG RAMBUTAN - Sebuah jambatan yang menghubungkan pelajar Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan dan SMK Ulu Kinta dilihat berpotensi untuk runtuh jika tiada tindakan segera diambil.   Gambar yang dikirim oleh pengguna jalan raya menuju ke sekolah menyifatkan jambatan ini amat merbahaya dan mampu meragut nyawa pengguna jika ia roboh.   Menurut penghantar foto, kejadian ini telah berlaku agak lama dan tiada tindakan yang diambil.   Beliau yang merupakan pengguna jalan tersebut berharap agar pihak terbabit dapat melakukan sesuatu sebelum kejadian buruk berlaku.   Beliau turut menyatakan bahawa jalan tersebut amat gelap di waktu pagi.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.