Oleh Rosdalilah Zahari
ULU KINTA - Lebih 800 penduduk Kampung Orang Asli Makmur memohon supaya mempercepatkan pembinaan jambatan baharu setelah kemudahan itu runtuh dipercayai akibat tragedi kepala air lebih 10 tahun lalu.
Tok Batin Kampung Orang Asli Makmur, Amin Pandak berkata ketiadaan jambatan yang merentasi Sungai Gajah itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif yang jaraknya lebih jauh.
"Jambatan tersebut adalah laluan terdekat untuk ke Kampung Sungai Tonggang namun selepas ia runtuh kami terpaksa ikut jalan yang dua kali ganda lebih jauh daripada sebelum ini," katanya ketika ditemui Perak Kini pada Rabu.
[caption id="attachment_2410" align="aligncenter" width="300"]
Amin (kiri) bersama Mazlan (kanan) menunjukkan jambatan runtuh di Kampung Orang Asli Makmur.[/caption]
Menurutnya, secara kebiasaan, jambatan berkenaan dilalui penduduk di kampung tersebut serta beberapa buah kampung sekitar yang berulang-alik menggunakan laluan berkenaan.
"Kami benar-benar berharap agar pihak berwajib membina jambatan baharu demi keselesaan penduduk di samping menjimatkan masa untuk kami ke lokasi lain," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman berkata pihaknya akan memohon Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk melihat perkara tersebut di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) supaya jambatan baharu dapat dibina di perkampungan Orang Asli itu.
"Susulan itu, saya berharap agar pembinaan jambatan ini dapat disegerakan supaya dapat memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Makmur dan kampung-kampung Orang Asli di sekitarnya," katanya.
#PerakKini #jambatan #runtuh #kampungOrangAsli #UluKinta #Perak