LaraMag

collapse
Home / ADUAN RAKYAT / LEMBU BUNUH MANUSIA DI JALANRAYA

LEMBU BUNUH MANUSIA DI JALANRAYA

Jun 14, 2020  Admin Perak Kini  2,560 views
BATU KURAU: Kejadian lembu berkeliaran di jalan Batu 11, dekat sini masih belum selesai sehingga sekarang. Akibat lembu yang dilepaskan tuan punya lembu sehingga meragut nyawa ramai pengguna jalan raya tersebut seolah dipandang remeh oleh pihak-pihak tertentu. Lembu yang berkeliaran di kawasan tersebut amat berbahaya kepada pengguna jalan raya tersebut terutamanya kepada penunggang motorsikal. Pelbagai aduan telah dibuat, namun perkara itu masih belum selesai. Lembu-lembu itu masih 'membunuh' orang ramai. Terbaru, adik Sabrina meninggal dunia kerana kerosakan hati akibat bertarung selama 5 hari setelah melanggar lembu liar di jalan itu. Diharap pihak berwajib mengambil tindakan lebih tegas agar kes 'lembu membunuh manusia' tidak berulang lagi di jalan itu. Orang ramai juga diharapkan dapat membuat aduan dengan lebih kerap kepada pihak berwajib agar perkara itu tidak berulang lagi.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.