Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - "Dari anak saya kecil sampai sudah besar sekolah ini masih belum dibuka. Takkan nak tunggu saya ada cucu baru boleh bersekolah di sini," luah N Peru, wakil ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat.
Dia ditemui bersama ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan bangunan baharu SJKT Gunung Rapat, di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
Peru berkata isu berkaitan sekolah tersebut bukan satu perkara baharu kerana perjuangan mereka sudah bermula sejak 13 tahun lalu.
Menurutnya, bangunan sekolah lama sudah tidak sesuai digunakan kerana ruangannya yang sempit dan kurang selesa untuk kegunaan kira-kira 100 murid.
"Sewaktu kami mula-mula perjuangkan sekolah ini, anak-anak saya baru berusia 10 dan 12 tahun. Sekarang mereka sudah habis sekolah, namun bangunan sekolah yang baharu masih belum boleh beroperasi.
[caption id="attachment_2380" align="aligncenter" width="300"]
Bangunan baharu SJKT Gunung Rapat yang masih belum beroperasi sehingga kini.[/caption]
"Segala kemudahan sekolah seperti perabot, perkakasan, pendingin hawa dan sebagainya sudah dibeli hasil sumbangan dan kutipan derma ibu bapa dan orang ramai.
"Namun, sehingga kini hasrat anak-anak untuk masuk ke sekolah baharu masih belum tercapai," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Peru berkata pihaknya memberi tempoh sebulan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelesaikan isu tersebut.
"Jika isu ini masih belum selesai, kami sendiri akan turun ke Putrajaya berdemonstrasi supaya sekolah baharu itu dibuka," ujarnya.
Sementara itu, Kar Hing berkata menerusi jawapan soalan bertulis di Parlimen, KPM menjelaskan sehingga 15 Februari 2022, bangunan baharu yang dibina dengan kos RM6.9 juta itu telah pun siap 98 peratus.
Menurutnya, dua peratus yang belum siap membabitkan tambahan infrastruktur melibatkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium (IWK) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Katanya, mengikut jawapan di Parlimen sekolah itu dijangka siap pada 30 April tahun ini namun sehingga kini dua peratus yang belum siap itu masih tertangguh.
"Sehubungan itu, saya berharap jika terdapat sebarang isu dalaman di pihak kementerian, selesaikan dengan segera demi kepentingan anak-anak di sini supaya sekolah baharu ini boleh beroperasi," jelasnya.
#PerakKini #SJKTGunungRapat #demonstrasi #aman #Ipoh