LaraMag

collapse
Home / UMUM / ZIARAH KASIH KOMUNITI BELIA PERAK

ZIARAH KASIH KOMUNITI BELIA PERAK

Nov 09, 2020  Admin Perak Kini  1,480 views
Oleh RAMLI AHMAD ROZALI IPOH, - Belia adalah merupakan tonggak negara dan peranan mereka dalam pembangunan komuniti dan khidmat bakti memainkan peranan penting dalam memupuk semangat sayangkan negara. Selaras dengan konsep mendekati komuniti maka Majlis Belia Daerah Ipoh dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Negeri Perak (Unit Belia dan Sukan Daerah Kinta) telah melaksanakan Program Rakan Muda ‘Day Out’ 2020 Peringkat Daerah Kinta baru - baru ini. Program telah yang telah diadakan ini berkonsepkan Ziarah Kasih serta pemberian kotak bantuan makanan kemanusian kepada yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Hadir sama mewakili pihak Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak ialah pegawainya Encik Tines Kumar Lingam dan Encik Lukman Hady. Turut bersama dalam program ini ialah Kamal Syukri, Naib Pengerusi (II) dan Haiqal Syahid Hussin, selaku Setiausaha Kehormat serta para pegawai kepimpinan Majlis Belia Daerah Ipoh (MBD Ipoh). Menurut Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Perak, Encik Tines Kumar Lingam ,pihak MBD Ipoh telah diberikan tanggungjawab bagi melaksanakan program yang julung kali diadakan ini sempena Hari Sukarelawan Sedunia . " Program seumpama ini akan terus diadakan bagi memupuk semangat sukarelawan dikalangan masyarakat belia dalam daerah Kinta khususnya dan belia Perak amnya" ujarnya. Menurutnya, program ini adalah satu insiatif untuk kita memupuk sifat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya buat remaja. Program kali ini telah disertai seramai 15 orang wakil dari Majlis Belia Daerah ( MBD) Ipoh dan 2 wakil dari JBS Perak. Antara penerima bantuan yang telah disantuni adalah: 1) Maahad Tahfiz Azzuhud Al Huda, Klebang 2) Pondok Mahabbatul Ummah, Kg Sri Kinta 3) Maahad Imtiyaz (STAM), Kg. Melayu Sg. Rapat. 4) Pusat Anak Yatim Darussalam, Kg. Melayu Sg. Rapat. Sebanyak 12 set kotak bantuan makanan telah diedarkan di mana setiap penerima bantuan telah mendapat bantuan sebanyak 30kg beras, 3 papan telur dan 3 kotak bantuan makanan berbentuk keperluan dapur dengan jumlah nilai RM150 setiap satu. Bagi Setiausaha Majlis Belia Daerah Ipoh, Haiqal Syahid , usaha ini dapat meringankan beban masyarakat yang memerlukan dalam mengharungi pandemik Covid-19 dan berharap program murni ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. "Program sebegini semestinya tidak akan berjaya dengan bantuan dan komitmen semua malah pihak Majlis Belia Daerah Ipoh akan sentiasa memberi sokongan dan membantu Pejabat Belia & Sukan Negeri Perak dan Daerah Kinta dalam melaksanakan pelbagai lagi program dan aktivti khususnya untuk Pembangunan Rakan Muda", ujar beliau. Program tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Pusat Anak-anak Yatim Darussalam, Kg. Melayu Sg. Rapat, Ipoh.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.