LaraMag

collapse
Home / UMUM / ZAINOL SARAN PESAKA JADI AGEN SAMPAIKAN MAKLUMAT VAKSIN

ZAINOL SARAN PESAKA JADI AGEN SAMPAIKAN MAKLUMAT VAKSIN

Mar 29, 2021  Admin Perak Kini  849 views
IPOH - Semua badan bukan kerajaan (NGO) perlu memain peranan menyampaikan mesej kepada rakyat supaya mendaftar segera bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) khususnya di negeri ini masih rendah dan NGO wajar bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakannya. Menurutnya, suntikan vaksin amat penting disampaikan kepada masyarakat bagi mencegah penularan pandemik Covid-19. "Saya seru semua badan gabungan Pesaka dan warga pesilat khususnya untuk terlibat sama kerana peranan anda jua amat diperlukan kerana kita tidak perlu tunggu dan lihat, sebaliknya terus mendaftar untuk mendapatkan giliran masing-masing. "Warga silat perlu menjadi pihak barisan hadapan khususnya orang Melayu untuk pastikan masyarakat tidak keciciran dan menyahut seruan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Tahunan Ke 11 Pesaka Negeri Perak dekat sini hari ini. Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi menambah, sebagai benteng ketiga pertahanan negara pesilat dan pertubuhan silat perlu bergerak seirama membantu kerajaan. "Kita boleh jadi agen untuk masyarakat mendaftar menerima vaksin melalui peranan pertubuhan silat yang membantu dan mendidik orang ramai untuk mendaftar melalui MySejahtera. "Mungkin ada setengah daripada rakyat ni tidak mendaftar disebabkan mengamalkan tabiat tunggu dan lihat malah ada juga sebab maklumat secara jelas tentang PICK ni tidak sampai kepada mereka, jadi kita sebagai NGO ni kena ambik tanggungjawab fahamkan mereka,"katanya lagi. Zainol berkata, pihaknya optimis usaha sedang giat dijalankan dan beliau berharap rakyat negeri ini akan mendaftar melalui My Sejahtera atau terus mendaftar di pusat-pusat kesihatan yang ditetapkan. Dalam Mesyuarat Agung Pesaka Negeri Perak yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Dato Zainol telah mengekalkan jawatan sebagai presiden Pesaka Negeri Perak tanpa ditandingi buat penggal ke-7 sejak 2010.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.