LaraMag

collapse
Home / POLITIK / Zahid: ‘Kempen Umno sayangi DAP’ fitnah

Zahid: ‘Kempen Umno sayangi DAP’ fitnah

May 06, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
LENGGONG - Dakwaan mengatakan bahawa Umno akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ seperti tular di media sosial adalah satu fitnah, tegas Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menyifatkan dakwaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu sebagai taktik kotor pembangkang. “Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang orang boleh baca, mana betul, mana fitnah. Jadi saya minta yang buat fitnah tu bertaubatlah,“ katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong di sini, hari ini. Terdahulu tular satu poster digital yang memaklumkan kononnya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan melancarkan Kempen Umno Sayangi DAP, di samping turut menyenaraikan lima objektif kempen itu, antaranya bagi meyakinkan akar umbi Umno bahawa DAP bukanlah seburuk yang digambarkan. - BERNAMA    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.