LaraMag

collapse
Home / UTAMA / YB DR.AMIN BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS PEMILIK FACEBOOK

YB DR.AMIN BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS PEMILIK FACEBOOK

Mar 19, 2021  Admin Perak Kini  940 views
Oleh EZZAD RAZMAN IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria, malam ini telah membuat satu laporan polis berhubung satu hantaran di grup facebook Batu Kurau-Anak Jati kepada pemilik akaun bernama Rafie Harun yang menuduh dan memfitnah beliau dengan tajuk “Kepada YB yg meluluskan nnt akan kami tolak pru15 tak lama lg, masyarakat Batu Kurau akan mengajar kamu”. Hantaran itu adalah berkaitan dengan video yang tular menunjukkan air sungai yang keruh yang kononnya disebabkan oleh pembalakan haram di Kampung Changkat Perah, Batu Kurau. Dalam laporan polis itu juga, Dr Amin telah menyebut satu akaun facebook menggunakan nama Ahmad Mustar yang membuat perkongsian di grup Batu Kurau-Anak Jati. Menurut Dr. Amin, hantaran-hantaran itu telah menimbulkan kacau bilau dan suasana tegang di kalangan masyarakat Batu Kurau. [caption id="attachment_997" align="aligncenter" width="300"] Dr Amin ketika membuat laporan polis di IPK Ipoh[/caption] Dr. Amin juga telah mengesahkan menerima penjelasan dari pegawai Pejabat Hutan Daerah Larut Matang dan Selama, bahawa tidak ada pembalakan berlesen yang berlaku di kawasan Dun Batu Kurau. [caption id="attachment_1000" align="aligncenter" width="139"] Print screen berkaitan hantara facebook tersebut[/caption] “ Saya terpaksa membuat laporan ini kerana ianya satu fitnah besar yang menuduh saya meluluskan pembalakan di kawasan saya. Beberapa komen yang menyatakan bahawa saya makan duit dari hasil pembalakan di situ adalah tidak benar sama sekali,” ujar Dr Amin ketika ditemui wartawan Perak Kini di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak, dekat sini. Dr. Amin berharap dengan laporan ini, pihak polis akan menyiasat akaun facebook tersebut dan beliau sanggup untuk bekerjasama dalam siasatan pihak polis berkaitan beliau meluluskan pembalakan di kawasan Batu Kurau. “Saya juga sanggup untuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat saya berkaitan hal tersebut,” ujar Dr Amin lagi. Perak Kini juga mendapat maklumat bahawa pihak polis akan menyiasat hal tersebut dan sama-sama kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menyiasat hal tersebut. Perak Kini 2021

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.