LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Warga emas mati dipijak Gajah ketika kutip durian

Warga emas mati dipijak Gajah ketika kutip durian

Aug 14, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari GERIK - Seorang wanita warga emas maut selepas dipijak gajah ketika sedang mengutip durian di kawasan kebun durian Kampung Bal, di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang membabitkan seorang wanita berusia 61 tahun dari Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar Gerik itu pada jam 5.30 petang. "Hasil siasatan mendapati pada 13 Ogos di antara jam 4 hingga 5 petang, mangsa telah pergi ke kebun yang terletak di berhampiran rumahnya untuk mengutip durian. "Semasa berada di kebun tersebut, mangsa dipercayai telah terserempak dan dipijak oleh seekor gajah. "Mangsa dibawa ke kinik kesihatan RPS Kemar dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, bedah siasat ke atas mangsa yang dijalankan Hospital Gerik mengesahkan kematian disebabkan blunt force trauma to the chest. "Mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian," jelasnya. Justeru, beliau menasihatkan masyarakat di Pos RPS Kemar lebih berhati-hati menjalankan aktiviti pertanian dan memaklumkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat maklumat kehadiran hidupan liar supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. #PerakKini #PDRM #wargaemas #mati #dipijak #gajah #Gerik #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.