Oleh Rosdalilah Zahari
CHEMOR - Seorang warga emas di Kampung Che Zainal di sini, meluahkan rasa syukur apabila rumahnya yang dimamah usia dibaik pulih oleh Kuala Lumpur - Kepong (KLK) Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Hizan Ngah Ahmad, 82, yang lumpuh dan tidak berupaya untuk bergerak tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak kematian suaminya pada tahun 2008.
Warga emas itu bukan sahaja lumpuh malah turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Di atas keprihatinan MBI dan KLK Sdn Bhd nasib Hizan terbela apabila rumah usang yang didiaminya dibaik pulih di bawah program MBI Prihatin.
Menurut Hizan, sebelum ini dia tinggal di dalam rumah dengan keadaan lantai dan dinding papan kayu sudah reput serta serta sebahagian dinding terbuka selain bumbung yang bocor.
[caption id="attachment_2464" align="aligncenter" width="300"]
Hizan bersyukur rumahnya dibaik pulih.[/caption]
"Syukur, Alhamdulillah rumah ini sudah siap dibaik pulih dan keadaannya lebih selesa serta selamat berbanding dahulu.
"Sebelum ini, setiap kali hujan lebat rumah pasti dimasuki air dan banyak barang-barang rumah yang rosak.
"Bagaimanapun beberapa bahagian di dalam rumah yang dibina sedikit tinggi dapat mengurangkan risiko barangan rumah rosak jika air masuk akibat hujan lebat," katanya ketika ditemui Perak Kini pada Isnin.
Hadir sama, Pengarah Komuniti MBI, Normala Latiff dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Chemor Tanah Hitam, Mustafa Abu Bakar.
[caption id="attachment_2466" align="aligncenter" width="300"]
Keadaan bahagian luar rumah yang usang akibat kayu reput dan tidak selamat untuk didiami.[/caption]
Dalam pada itu, Hizan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terbabit terutamanya Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman yang turun padang membantu dalam merealisasikan baik pulih rumah berkenaan.
Anak tunggalnya Mohd Azhar Noh, 42, berkata walaupun sibuk dengan keluarga dan urusan kerja dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam menguruskan ibunya.
"Setiap hari saya akan singgah ke rumah memasak atau membeli makanan selain menguruskan keperluan Mak.
"Jiran-jiran di sekeliling rumah juga sentiasa membantu Mak jika saya terlewat atau sibuk dengan kerja.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama membaik pulih semula rumah ini," jelasnya.
[caption id="attachment_2465" align="aligncenter" width="300"]
Rumah baharu yang dibaik pulih KLK Sdn Bhd dengan kerjasama MBI di Kampung Che Zainal, Chemor, di sini.[/caption]
Sementara itu, Mazlan berkata program di bawah MBI Prihatin ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf terutamanya yang tinggal di pinggir bandar raya Ipoh.
Katanya, kerja membaik pulih rumah yang menelan belanja RM20,000 ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) KLK Sdn Bhd.
[caption id="attachment_2469" align="aligncenter" width="300"]
Mazlan ketika melawat rumah Hizan di Kampung Che Zainal, Chemor di sini. [/caption]
"Antara kerja-kerja baik pulih yang dijalankan adalah menggantikan siling, bumbung, dinding dan membina tandas baharu berdekatan dengan makcik Hizan untuk kemudahannya.
"Selain itu, pangkin, tingkap dan beberapa palam (plug) baharu turut di pasang di rumah ini.
"Sehubungan itu, saya berharap makcik Hizan dapat tinggal di rumah ini dalam keadaan lebih selesa dan selamat," katanya yang memaklumkan rumah itu siap selepas sebulan kerja-kerja baik pulih dijalankan.
#PerakKini #KLK #MBI #baikpulih #rumah #usang