LaraMag

collapse
Home / UMUM / Wanita OKU mental hilang sejak 1 Ogos dicari

Wanita OKU mental hilang sejak 1 Ogos dicari

Aug 08, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari TELUK INTAN - Polis sedang giat mengesan seorang wanita pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak 1 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata wanita itu dikenali sebagai Nur Faizatul Azwani Kassim. "Wanita terbabit dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas turun di Stesen Bas Bandar Baru pada 1 Ogos kira-kira jam 2 petang," katanya dalam satu kenyataan petang ini. Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ada terlihat wanita seperti dalam gambar yang dipaparkan diminta menghubungi pihak polis bagi menyalurkan maklumat. "Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Nurhalim Shamsuri di talian 013-968 5829, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak 05-629 9222 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan. #PerakKini #PDRM #HilirPerak #TelukIntan #oranghilang #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.