LaraMag

collapse
Home / AGAMA / Video tular dakwa pegawai kanan enggan terima laporan polis

Video tular dakwa pegawai kanan enggan terima laporan polis

Apr 30, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Polis Daerah Ipoh menegaskan bahawa mereka tidak pernah dan tidak menghalang sesiapa untuk membuat laporan polis di mana-mana balai seluruh di negara. Ini susulan dakwaan luahan seorang lelaki berhubung keengganan seorang pegawai polis menerima laporan yang dibuatnya yang tular di media sosial menerusi video berdurasi 45 saat pada Ahad. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya memandang serius berhubung dakwaan individu berkenaan. "Bagaimanapun, polis menyambut positif terhadap sebarang maklum balas yang diterima daripada rakyat dan dakwaan oleh individu tersebut sudah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh unuuk siasatan dalaman. "Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan video tersebut sehingga menjejaskan siasatan dalaman polis mahupun mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. #PerakKini #PDRM #tular #video #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.