LaraMag

collapse
Home / UMUM / Usia hampir satu abad bukan penghalang untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan

Usia hampir satu abad bukan penghalang untuk khatam Al-Quran pada bulan Ramadan

Apr 25, 2022  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Usia bukan penghalang Enson Johan, 87, dari Taman Indah, Tanjung Rambutan di sini selepas berjaya khatam Al-Quran pada bulan Ramadan tahun ini.   Warga emas terbabit adalah salah seorang daripada 38 peserta Program Khatam Al-Quran Wanita UMNO Cawangan Taman Indah yang memulakan sesi tadarus sejak minggu pertama Ramadan dan berakhir pagi tadi.   Dia turut meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka dapat khatam kitab suci tersebut.   "Alhamdulillah, saya bersyukur dan berasa gembira kerana berjaya khatam Al-Quran pada Ramadan kali ini," katanya.   Enson ditemui media selepas menghadiri program Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Cenderahati kepada peserta Program Khatam Al-Quran Wanita UMNO Cawangan Taman Indah, di sini, pada Ahad.   Sumbangan dan cenderahati itu disampaikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz serta diiringi Ketua Umno Cawangan Taman Indah, Mohd Zabidi Razalli dan Ketua Wanita Umno Cawangan Taman Indah, Nor Haili Md Yusoff.   Sementara itu, Azizul Kama berkata sebelum ini mereka mengadakan program zikir munajat, tahlil dan bacaan Yasin dari rumah ke rumah di taman tersebut pada bulan Ramadan sejak lima tahun lalu. [caption id="attachment_1884" align="aligncenter" width="246"] Enson Johan.[/caption] [caption id="attachment_1885" align="aligncenter" width="300"] Azizul Kama menyampaikan cenderahati kepada Enson iaitu peserta tadarus dan khatam Al-Quran yang tertua di Taman Indah, Tanjung Rambutan, di sini pada Ahad.[/caption] [caption id="attachment_1886" align="aligncenter" width="300"] Azizul Kama menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di program Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Cenderahati kepada peserta Program Khatam Al-Quran Wanita UMNO Cawangan Taman Indah, di sini, pada Ahad. [/caption] [caption id="attachment_1887" align="aligncenter" width="300"] Azizul Kama ketika berucap di program Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Cenderahati kepada peserta Program Khatam Al-Quran Wanita UMNO Cawangan Taman Indah, di sini, pada Ahad.[/caption] [caption id="attachment_1888" align="aligncenter" width="300"] Azizul Kama (dua kiri) menyampaikan cenderahati di program Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Cenderahati kepada peserta Program Khatam Al-Quran Wanita UMNO Cawangan Taman Indah, di sini, pada Ahad. [/caption] Bagaimanapun, beliau berkata program itu terpaksa diadakan dalam skala yang kecil selepas pandemik Covid-19 melanda negara. "Pada tahun ini, selepas negara diumumkan sudah memasuki fasa endemik, buat pertama kali kita mengadakan program tadarus membabitkan 38 peserta wanita termasuk lapan lelaki yang selesai khatam Al-Quran pada jam 11 pagi semalam. "Justeru, bagi mencetus semangat warga Taman Indah untuk terus menyertai sesi tadarus dan khatam Quran, saya bersama-sama Zabidi dan Nor Haili berkongsi rezeki dengan memberikan cenderahati kepada peserta. "Di samping itu, saya turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan B40, ibu tunggal tiada pendapatan dan anak yatim yang tinggal di kawasan ini," ujarnya. Beliau juga berharap cenderahati yang disampaikan dapat menjadi daya penarik kepada golongan muda untuk bersama-sama menyertai program tadarus dan khatam Al-Quran pada masa hadapan. #PerakKini #tadarus #khatam #AlQuran #Ramadan

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.