LaraMag

collapse
Home / UMUM / UMNO Bahagian Tambun tumbang 3 ekor lembu

UMNO Bahagian Tambun tumbang 3 ekor lembu

Jul 01, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
  Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Sempena   ALHAMDULILLAH UMNO Bahagian Tambun berkesempatan melaksanakan ibadah korban yang diadakan di Kampung Che Zainal, Chemor pada pagi Sabtu.   Seramai 50 petugas terdiri daripada ahli dan pemuda UMNO Bahagian Tambun serta penduduk setempat terbabit dalam ibadah korban yang melibatkan tiga ekor lembu.   Bermula dari kerja menyembelih, melapah dan mengedarkan lembu dilakukan petugas pada hari ini.   Turut bersama-sama pada majlis pada hari ini adalah Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Mazlan Abd Rahman; Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun, Zakaria Mohamed dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal.   #PerakKini #UMNOBahagianTambun #ibadahkorban #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.