LaraMag

collapse
Home / UMUM / Tukang kebun bersyukur terima sumbangan tongkat kaki empat

Tukang kebun bersyukur terima sumbangan tongkat kaki empat

Sep 24, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Sumbangan tongkat kaki empat yang diterima sangat bermakna bagi tukang kebun, Ayob Khan Janali, 51, yang sukar berdiri dan berjalan selepas kaki kanannya dipotong pada 2020 akibat menghidap penyakit diabetes. Tongkat kaki empat berkenaan disumbangkan Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datuk Mazlan Abd Rahman di rumahnya di Gunung Genting, di sini, pada Sabtu. Ayob Khan ketika ditemui Perak Kini berkata dia terpaksa berhenti kerja selepas insiden terkena paku ketika sedang mesin rumput kira-kira dua tahun lalu. "Selepas kejadian itu, kaki saya perlu dipotong kerana memberi kesan kepada penyakit diabetes yang dihidapi. "Pemberian tongkat ini  secara tidak langsung dapat membantu memudahkan pergerakan saya. "Selain menghidap diabetes, saya turut menghadapi masalah pendengaran dan penglihatan," katanya. Dia yang kini tidak bekerja kerana keadaan tidak mengizinkan itu mendapat bantuan kewangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan Pertubuhan Keselamatan Sosial. "Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin serta sudi menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban dipikul," ujarnya. #PerakKini #sumbangan #tongkat #diabetes #Tambun      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.