LaraMag

collapse
Home / UMUM / Treler terjunam, pemandu selamat

Treler terjunam, pemandu selamat

Aug 19, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH - Seorang pemandu treler hanya mengalami cedera ringan walaupun kenderaan dipandunya terbabas dan terjunam dari jejambat di Kilometer 271.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) ke Jalan Kuala Kangsar dalam kejadian tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu peronda lebuh raya (EMPV) unit 16 Changkat Jering - Ipoh sedang melakukan tugas rondaan di kawasan berkenaan. "Semasa EMPV Unit 16 Changkat Jering - Ipoh membuat tugas rondaan mendapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah treler (tanpa muatan) terbabas dan menjunam ke jalan persekutuan (Jalan Kuala Kangsar), Ipoh di KM 271.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara). "Hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada masalah brek dan pemandu lori berusia 50 tahun hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Jumaat. Menurutnya, sewaktu kejadian itu berlaku keadaan cuaca baik dan jalan lurus. "Selain, EMPV Unit 16, antara pasukan lain yang turut memberi bantuan adalah Plus Ronda, Unit Siasatan Lebuhraya (USLR), Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Propel dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh," ujarnya. Kejadian itu turut mengakibatkan aliran trafik di jalan berkenaan sesak. #PerakKini #treler #terjunam #Ipoh

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.