LaraMag

collapse
Home / POLITIK / TOKYEE RINTIS JALAN DENGAN PEJUANG DI PARLIMEN LARUT

TOKYEE RINTIS JALAN DENGAN PEJUANG DI PARLIMEN LARUT

Oct 06, 2021  Admin Perak Kini  1,008 views
Batu Kurau – Jika sudah berkecimpung dalam dunia politik, mereka yang mempunyai iltizam dan semangat yang kuat sahaja mampu berada dalam bidang penuh pancaroba ini. Begitu juga kepada Dato’ Khairil Anuar Akhirudin, seorang ahli perniagaan yang mula menceburkan diri dalam dunia politik pada Pilihanraya Umum Ke 14 lalu. Khairil Anuar ataupun lebih senang dipanggil dengan nama Tokyee, bertanding sebagai calon ahli Parlimen Larut pada PRU14 lalu atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melawan Dato’ Seri Hamzah Zainuddin (BN) dan Cikgu Haji Abu Husin (PAS). Walaupun beliau memperolehi undi sebanyak 7,738 dari jumlah undi keseluruhan 39,620, namun ianya tidak mematahkan semangat Tokyee untuk terus berjuang dalam politik. Dari Bersatu, beliau berpindah bersama Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) untuk meneruskan kerjaya politiknya. Atas kepercayaannya dan semangat untuk menjadikan bangsa Melayu maju dan negera Malaysia terus gemilang, Tokyee kini telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pejuang Negeri Perak. Tokyee seorang yang low-profile dan senang mendekati sesiapa sahaja terutama di kampungnya Batu Kurau. Anak kelahiran daerah durian terkenal ini terus menganggap dirinya anak kampung walaupun telah lama tinggal dan belajar di luar negara serta membina empayar perniagaan di ibukota Kuala Lumpur. “Saya tetap orang kampung dan saya tak akan lupakan kampung saya selamanya. Apa yang ingin saya lakukan sekarang ialah melakukan perubahan di kampung saya dan memberi tenaga serta fikiran untuk memajukan tempat sendiri,” ujar Tokyee ketika ditemui wartawan Perak Kini. Tokyee kini aktif dalam pejuangan politiknya melalui Parti Pejuang Tanair (Pejuang) dan atas semangat juangnya, sudah ramai ahli di sekitar Larut berdaftar sebagai ahli Pejuang dan menyokong hasratnya untuk membangunkan parlimen Larut. “ Alhamdulillah, makin hari Pejuang makin diterima di Larut dan Insya Allah sebuah ibu pejabat Pejuang akan berdiri tegak di Batu Kurau untuk menjalankan segala urusan berkaitan parti,” ujarnya lagi. Menurut beliau, Pejuang makin mendapat tempat terutama di kalangan anak-anak muda di Larut. “Saya ingin dekatkan diri saya dengan anak-anak muda supaya mereka kenal erti pejuangan dan faham keadaan politik semasa. Anak-anak muda adalah pemimpin masa depan, nanti yang dah berumur sepert saya dah tiada, hanya kepada anak-anak muda yang berwawasan dan bersemangat kenegaraan yang kita harapkan,”. “ Kita jangan memandang anak-anak muda yang merempit itu sebagai bahana kerana itu kegemaran mereka. Saya ingin pastikan kepada anak-anak muda yang merempit boleh ikuti program sukan bermotor yang akan saya anjurkan secara sah dan mereka tidak lagi berlumba di jalan raya. Kita harus dekati mereka,” ujar beliau mengakhiri perbualan.  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.