Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Individu yang tular di media sosial selepasĀ dipercayai melakukan aksi terjun di Tasik Cermin akan dikenakan tindakan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata setakat ini perkara tersebut masih dalam siasatan.
"Kita akan ambil tindakan dan akan semak tindakan yang sesuai dikenakan ke atas individu tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Restoran Chang Jiang White Coffee di People's Park, di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Rumaizi berkata Tasik Cermin adalah salah satu produk pelancongan yang terletak di bawah Geopark Lembah Kinta.
Beliau juga sudah meminta Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk melantik satu pasukan bagi menjalankan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.
[caption id="attachment_1622" align="aligncenter" width="210"]
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.[/caption]
"Saya dah minta MBI untuk buat penguatkuasaan. Minggu hadapan kita akan lantik satu pasukan untuk jaga (Tasik Cermin) dan kena preserve (memelihara) kalau tak kena tarik status (Geopark Lembah Kinta).
"Masyarakat kena sedar yang kita kena jaga alam sedia ada yang akan diwarisi generasi masa hadapan.
"Kalau kita nak jadi 'good ancestors' (nenek moyang yang baik), kita kena jaga adab kita. Perkara ini adalah permulaan yang sangat-sangat tidak baik," ujarnya.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang dimuat naik pemilik akaun bernama Syafiruzafiza di aplikasi Tiktok memaparkan seorang lelaki disyaki terjun ke Tasik Cermin.
Video berdurasi kira-kira 15 saat itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik berkenaan seolah-olah dia sedang bermandi-manda di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pelancong di Ipoh.