Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Tiada istilah monopoli sebaliknya kewujudan syarikat konsesi membantu kontraktor kecil untuk mendapatkan tender projek kerajaan malah pembayaran yang dibuat juga lebih sistematik.
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata dakwaan sesetengah pihak berhubung syarikat konsesi yang dikatakan memonopoli projek kerajaan adalah tidak benar.