LaraMag

collapse
Home / UMUM / Tandas Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah ditutup mulai 1 Jun hingga 11 Ogos

Tandas Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah ditutup mulai 1 Jun hingga 11 Ogos

May 31, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Plaza Tol Tapah yang terletak di KM326.8 di Lebuhraya Utara-Selatan mulai 1 Jun (esok). Menurut kenyataan yang dikeluarkan PLUS hari ini kerja naik taraf itu bertujuan untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan tersebut. "Kemudahan tandas awam di hentian sebelah terbabit akan ditutup sementara mulai 1 Jun sehingga 11 Ogos bagi membolehkan kerja-kerja naik taraf dilaksanakan. "Sebagai alternatif pengguna lebuh raya boleh menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian-hentian sebelah atau plaza-plaza tol yang berdekatan," jelas kenyataan berkenaan. PLUS mengucapkan terima kasih kepada pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan. #PerakKini #PLUS #tandasawam #tutup #naiktaraf #Tapah #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.