LaraMag

collapse
Home / UMUM / Tandas awam wajib bertaraf 'BMW' mulai Januari 2024

Tandas awam wajib bertaraf 'BMW' mulai Januari 2024

Jul 09, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari KEMENTERIAN Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan dasar baharu dengan mewajibkan tandas awam di kawasan bandar raya bertaraf bersih, menawan dan wangi (BMW) mulai 1 Januari 2024. Menterinya, Nga Kor Ming berkata demikian melalui ciapan di laman Twitternya. Dalam ciapannya, beliau turut memuji sebuah restoran di Ipoh yang menyediakan tandas BMW lengkap berhawa dingin. "Untuk makluman semua @kpkt_gov telah menetapkan dasar baru bahawa semua tandas awam di kawasan bandaraya wajib bertaraf bersih, menawan dan wangi (BMW) mulai 1/1/24. "Terima kasih kepada restoran Spice Garden Ipoh yang berjaya mendirikan tandas BMW yg berhawa dingin. Syabas dan harap semua sokong!," ciapnya. Sebelum ini media melaporkan, KPKT meminta semua 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mewujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam dan melaksanakan kerja penyelenggaraan mengikut jadual. Kor Ming juga pernah menyatakan supaya budaya mengutamakan kebersihan tandas awam berkait rapat dengan imej negara khususnya di destinasi utama pelancongan atau pintu masuk ke negara. #PerakKini #KPKT #PBT #tandas #BMW #Ipoh #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.