LaraMag

collapse
Home / UMUM / "Tak kisah dapat makan apa pun"- Anak Yatim

"Tak kisah dapat makan apa pun"- Anak Yatim

Apr 25, 2022  Admin Perak Kini  2 views
Oleh Nur Auni Arina Bt Mohd Amir (Pegawai Perhubungan Awam Media MyFundAction Perak)   Projek Special Iftar for Ummah (SIFU) buat julung kalinya diadakan di Rumah Anak Yatim Solehah menjadi destinasi pertama di Perak bersama mereka dengan turut serta hadir 11 orang Sukarelawan YOSH Perak dan lapan orang pegawai polis Kg.Tualang bagi memeriahkan sesi berbuka puasa.   Antara aktiviti sukarelawan yang dilakukan bersama anak yatim seperti sesi bermain, mewarna, bermain bunga api, mendengar mereka bercerita antara perkara yang menyentuh hati sukarelawan ketika turun padang. Adik adik di sana sudah menganggap semua sukarelawan seperti ahli keluarga mereka sendiri dan mereka tidak kekok bermain bunga api bersama sambil bergelak ketawa.   Muhammad Aidi Farhan, 21 seorang mahasiswa UTP jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta merupakan Pengarah projek SIFU Rumah Anak Yatim Solehah berkata, ‘’Semua sukarelawan YOSH Perak daripada pelbagai kampus ini sanggup bertungkus-lumus menjayakan projek ini walaupun baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir semester tapi itu tidak menghalang sukarelawan menyantuni masyarakat.’’   Pastinya akan terasa kehilangan apabila terutamanya tiba bulan Ramadhan dan Syawal jika tidak dapat meraikannya dengan orang yang tersayang. Ini yang dirasakan oleh Aida sejak kehilangan ayah disebabkan covid dua tahun yang lalu.   ‘’Esok kalau tak ada orang bagi lagi makanan nak makan apa’’? tanya salah seorang sukarelawan YOSH pada adik Asrul Penghuni Rumah Anak Yatim Solehah.   "Apa-apa pun boleh." jawab Asrul. Ditanyakan lagi kepada Asrul kenapa tidak kisah? Jawapan adik Asrul yang matang dengan berkata apa-apa pun boleh sebab bersyukur. Ada lagi orang yang tidak dapat makan apa-apa. Mudahkan menu idaman mereka? Tapi bagi mereka menu itulah kegembiraan buat mereka kala kita sedang bergembira berpuasa dengan orang tersayang.   "Darah muda ini yang saya suka tengok apabila turun untuk bantu rumah kebajikan secara sukarela. Program ini perlu diterapkan dalam kalangan belia muda masa kini.’’ ucap Encik Asmadi Ahmad selaku Pengerusi Rumah Anak Yatim Solehah.   Menurut beliau lagi "Idea baru dan semangat yang masih muda inilah yang banyak beri pemanfaatan kepada masyarakat kita seperti idea bernas program SIFU ini"   Terima kasih kepada anda yang bersama-sama kami mengindahkan Ramadan mereka. #PerakKini

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.