Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata bermula Januari tahun lalu sehingga kini sebanyak 351 serbuan dibuat dan daripada jumlah itu 80 adalah di kawasan Tanjung Piandang manakala premis sama sudah diserbu empat kali sejak tahun lalu.
"Polis memandang serius perkara ini dan akan kekal fokus bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang awam sentiasa terpelihara selain tidak terjebak dalam aktiviti perjudian," katanya.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis atau terus di talian Hotline Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222.
Semalam, Perak Kini memuat naik video Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Hasnul Zulkanain Munaim yang bertindak menyerbu dua premis di kawasan pekan Titi Serong dan Bagan Tiang yang dipercayai menjalankan aktiviti judi atas talian.
Hasnul turut meluahkan rasa kecewa di atas aktiviti perjudian itu selain meminta pekerja premis berkenaan menghentikan operasi serta merta.
Difahamkan, beliau akan membuat laporan polis berhubung aktiviti berkenaan.
#PerakKini #PDRM #AdunTitiSerong #judionline #tular