LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Suspek samun dan cabul warga emas di Taiping dicekup polis

Suspek samun dan cabul warga emas di Taiping dicekup polis

Aug 17, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
  Oleh Rosdalilah Zahari TAIPING - Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun, melarikan kenderaan dan mencabul kehormatan seorang wanita warga emas di Pokok Assam, di sini, dicekup polis pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima maklumat pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhubung kejadian itu. Menurutnya, suspek berusia 32 tahun itu kemudiannya ditahan pada jam 3.30 petang hari sama. "Ketika kejadian mangsa yang berumur 75 tahun itu hanya seorang diri di halaman rumah. "Kemudian suspek bertindak menutup muka dengan kain serta menarik mangsa masuk ke dalam rumah dan mencabul mangsa," katanya dalam satu kenyataan malam ini. Beliau berkata suspek kemudiannya melarikan diri menaiki Honda CRV milik menantu mangsa dan turut melarikan barang berharga serta sejumlah wang tunai. "Kenderaan milik menantu mangsa yang dilarikan suspek ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya. Razlam berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati positif dadah jenis heroin. "Sehubungan itu satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 392, 397 dan 353 Kanun Keseksaan. "Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman selama seminggu mulai semalam hingga 22 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya. #PerakKini #PDRM #cabul #wargaemas #Taiping #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.