Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Ahmad Danish Azrizal, adik bongsu kepada atlet Muay Thai Nur Amisha yang memenangi pingat emas di Kejohanan Muay Thai Dunia 2023 di Bangkok, Thailand baru-baru ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Dia yang baru berusia 18 tahun itu, meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka akan memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan itu.
Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat itu, dia berhasrat untuk menyambung pengajian sama ada dalam bidang pemasaran atau komunikasi Bahasa Inggeris.
Selain itu, dia juga ingin mempersiapkan diri untuk menjalani latihan Muay Thai yang ditinggalkannya sebelum ini bagi memberi tumpuan penuh kepada peperiksaan SPM.
"Saya sudah mula berlatih sukan ini sejak berusia enam tahun bersama kakak. Malah, saya pernah mewakili Perak untuk satu kejohanan Muay Thai ketika berada di tingkatan satu.
"Jadi, selepas ini saya akan fokus semula kepada latihan supaya dan berharap dapat beraksi di kejohanan Muay Thai seperti kakak saya," kata anak bongsu daripada dua adik beradik itu.
[caption id="attachment_6202" align="aligncenter" width="300"]
Pasangan kembar K Roshini (kiri) dan K Rishalini yang bercita-cita untuk menjadi polis dan guru pada masa hadapan. Ibu mereka, Sofia Regina, 41, (tengah) turut menemani mereka untuk mengambil keputusan SPM di SMK Gunung Rapat, Ipoh.[/caption]
Sementara itu, pasangan kembar K Roshini dan K Rishalini, 18, yang juga bekas pelajar SMK Gunung Rapat masing-masing sudah memasang cita-cita untuk menjadi polis dan guru.
Bagi Roshini yang memperoleh keputusan 4A 3B da 1C bagi peperiksaan SPM tahun lalu, selain menyimpan impian untuk menjadi polis dia juga ingin menjadi seorang atlet olahraga yang cemerlang.
Sebelum ini, dia pernah mewakili Perak untuk acara 400 meter (m) di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Johor.
"Saya berharap dapat menyambung pengajian di Sekolah Sukan Bukit Jalil sekali gus menjalani latihan bagi memperbaiki rekod saya dalam acara 400m," ujarnya.
Adik kembarnya, Rishalini yang mendapat 5A 2B dan 1C dalam peperiksaan itu pula sudah menerima tawaran untuk masuk ke Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) selepas berjaya dalam sesi temuduga baru-baru ini.
#PerakKini #SPM2022 #Perak #RBZ