LaraMag

collapse
Home / SUKAN / SPEEDY TIGERS TUNJUK "BELANG" TUNDUKKAN KANADA 6-2

SPEEDY TIGERS TUNJUK "BELANG" TUNDUKKAN KANADA 6-2

May 06, 2024  Ramli Ahmad Rozali  2 views
IPOH - Pasukan hoki lelaki negara bangkit dari kekecewaan menentang Pakistan 4-5 untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30 malam tadi.   Pada minit ke-12 Kanada menjaringkan gol pertama melalui Devohn Noronha namun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mohamad Fitri seminit kemudian.   Malaysia menambah jaringan melalui Azrai Aizad pada minit ke-14 dan Azimuddin Syakir pada minit ke-19 untuk mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.   Malaysia kemudian menambah lagi jaringan menerusi Nik Muhamad Aiman pada minit ke-31 dan Kanada merapatkan jurang menerusi Avjot Buttar's pada minit ke-42.   Pesta gol diteruskan lagi menerusi pukulan sudut penalti menerusi Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-48 dan Faizal Saari menerusi pukulan"reverse stick"seminit kemudian.   Faizal turut meraih "Man of the match" atau pemain terbaik perlawanan.   Disediakan oleh Azizi Latif

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.