LaraMag

collapse
Home / SUKAN / SPEEDY TIGERS GAGAL MARA KE PERINGKAT AKHIR SETELAH KECUNDANG KEPADA SAMURAI 1-2

SPEEDY TIGERS GAGAL MARA KE PERINGKAT AKHIR SETELAH KECUNDANG KEPADA SAMURAI 1-2

May 09, 2024  Ramli Ahmad Rozali  2 views
IPOH - Harapan pasukan hoki negara untuk mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Jepun pada aksi keempat kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30 malam tadi.   Gol pertama buat skuad Samurai dijaringkan oleh Kazumasa Matshumoto pada minit ke-24 untuk mendahului 1-0 pada babak pertama.   Aksi cemerlang penjaga gol Jepun, Takashi Yoshikawa yang banyak menyelamatkan gawang akhirnya akur apabila Faizal menjaringkan gol pada minit-31 untuk menyamakan kedudukan 1-1.   Namun skuad Samurai kembali berada di depan pada minit ke-50 hasil gol padang yang dijaringkan oleh Ryoma Ooka sehingga wisel penamat.   Kekalahan ini menyebabkan Malaysia bakal bermain di penentuan tempat ke-3 dan ke-4 manakala Jepun dan Pakistan bakal merebut kejuaraan edisi ke-30.   Disediakan oleh Azizi Latif


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.