LaraMag

collapse
Home / UMUM / Soalan berkaitan PM10 ditanya dalam Who Wants to Be a Millionaire India

Soalan berkaitan PM10 ditanya dalam Who Wants to Be a Millionaire India

Dec 27, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari SELEPAS dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebutan tidak kira sama ada di dalam mahupun luar negara. Terbaharu, menerusi program 'game show' terkenal Who Wants to Be a Millionaire di India, sekali lagi nama beliau menjadi tumpuan. [caption id="attachment_3947" align="aligncenter" width="300"]                      Foto: Media Sosial[/caption] Kali ini nama beliau muncul apabila pengacara program yang juga pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan bertanyakan soalan, negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022, kepada peserta, Nipun Rajan. Menerusi sedutan video rancangan tersebut, peserta terbabit berjaya menjawab soalan itu dengan tepat tanpa menggunakan sebarang bantuan. Klip video tersebut kemudiannya mendapat perhatian warganet selepas tular di media sosial. #PerakKini #tular #PM10 #WhoWantsToBeAMillionaire #India

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.