LARUT : Kumpulan Ahli Jawatankuasa Kebajikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Larut adalah antara kumpulan terawal turun ke kawasan banjir besar yang melanda Pantai Besar semalam. Kumpulan ini yang sentiasa aktif di kawasan Larut (Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau) turun menyampaikan sumbangan merupakan bahan makanan kepada mangsa banjir. Selain dari memberi sumbangan, kumpulan itu turut membantu mengemas rumah yang terkesan akibat bencana alam itu bersama disertai oleh penduduk Pantai Besar.
Menurut Setiausaha Bersatu Bahagian Larut, Azurin Wahab, kumpulan itu yang diketuai oleh Abang Din Ubat, sentiasa siap siaga bagi membantu masyarakat yang ditimpa musibah dan akan menyalurkan bantuan segera apabila mendapat maklumat.
“ Sehari sebelum banjir besar melanda Pantai Besar, saya yang turut serta bersama kumulan AJK Kebajikan Bersatu Larut turun memberi bantuan perpindahan rumah kepada Encik Mahmud yang rumahnya acapkali tenggelam akibat banjir,”
“ Atas ehsan seorang penduduk Pantai Besar, keluarga Encik Mahmud yang turut mempunyai anak OKU berpindah dan pihak kami menyediakan kenderaan untuk memindah barangan dalam rumah Mamud di samping bantuan penduduk-penduk Pantai Besar,”
“ Sesungguhnya takdir Allah itu menyebelahi Encik Mahmud, sekiranya tidak berpindah pada hari itu, tak tahulah apa yang akan terjadi terhadap keluarga Encik Mahmud,” ujar Azurin ketika dihubungi Perakkini.
[caption id="attachment_962" align="alignnone" width="266"]
Azurin Wahab, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Bahagian Larut[/caption]
Azurin berasa bangga dengan penduduk Pantai Besar yang sentiasa peka dan ringan tangan membantu masyarakat mereka yang ditimpa masalah. Padanya, anak-anak muda Pantai Besar mempunyai jiwa yang kuat dan mereka bersatu menggembeling tenaga apabila jiran-jiran mereka ditimpa musibah.
Skuad Kebajikan Bersatu Larut boleh dihubungi di talian 010-563 6873 sekiranya masyarakat sekitar Larut menghadapi musibah dan perlukan bantuan segera.