LaraMag

collapse
Home / UMUM / SK MERU RAYA: Menang Tandas Awam Ketiga Terbersih di Malaysia

SK MERU RAYA: Menang Tandas Awam Ketiga Terbersih di Malaysia

Nov 20, 2020  Admin Perak Kini  2,101 views
Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya, Ipoh, Perak memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 (kategori sekolah rendah). Kemenangan manis sekolah yang di dalam Parlimen Tambun ini jelas mencerminkan inisiatif pihak pentadbiran sekolah yang peka dalam menyediakan persekitaran kondusif buat warga sekolah. Usaha itu juga membuktikan pihak pengurusan sekolah terbabit bukan sahaja menitikberatkan perihal akademik, malah tidak memandang ringan aspek kebersihan khususnya melibatkan tandas guru dan murid. Menurut Guru Besar SK Meru Raya, Norhisham Abd Shukor beliau tidak menyangka tandas sekolah itu terpilih dan memperoleh pengiktirafan sedemikian. [caption id="attachment_968" align="aligncenter" width="200"] Guru Besar SK Meru Raya, Norhisham Abd Shukor[/caption] “Pastinya, kemenangan manis ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang sentiasa berganding bahu memastikan tandas di sekolah sentiasa bersih dan dijaga rapi. “Diharapkan, menerusi kemenangan ini kita dapat memupuk dan meningkatkan lagi budaya sayangi kemudahan sekolah terutamanya dalam kalangan murid-murid,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Terdahulu, pertandingan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengumumkan SK Bandar Baru Uda, Johor menduduki tempat pertama. Sementara itu, SK ST. Francais Xavier Kanowit, Sarawak dan SK Meru Raya, Perak pula masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.