LaraMag

collapse
Home / UMUM / Sistem audio, lampu Laman Sejahtera akan dinaik taraf - Datuk Bandar

Sistem audio, lampu Laman Sejahtera akan dinaik taraf - Datuk Bandar

Aug 08, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Beberapa kemudahan di amphitheatre atau Laman Sejahtera yang terletak di Taman D R Seenivasagam akan dinaik taraf dari semasa ke semasa. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata masih terdapat beberapa kelemahan dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki untuk keselesaan pengunjung pada masa akan datang. "Saya tengok ada dua tiga kelemahan dari segi infrastruktur. Lampu, sound system (sistem audio) dan banyak lagi. "Ini kali pertama kita adakan program pada waktu malam. Jadi, infrastruktur di sini akan dinaik taraf dari semasa ke semasa," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Festival Kebudayaan Ipoh 2023 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Laman Sejahtera, Taman D R Seenivasagam, malam tadi. Festival itu diadakan bagi meraikan kehadiran delegasi Malaysia, Indonesia dan Thailand sempena pertemuan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang ke-6. Pembinaan Laman Sejahtera mula dilaksanakan sejak 1 Jun 2021 dan siap sepenuhnya pada 1 Mac tahun ini. Projek yang bernilai RM2,430,747.50 ini menggunakan peruntukan RM2 juta daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kerajaan Negeri (UPEN) manakala baki dibiayai MBI. Amphitheatre ini mempunyai pentas utama yang kelihatan terapung di atas tasik serta berkapasiti 800 orang pada satu masa. #PerakKini #MBI #LamanSejahtera #amphitheatre #naiktaraf #sistemaudio #lampu #RBZ

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.