LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Seorang maut, dua cedera kereta bertembung trak pikap di Kampung Gajah

Seorang maut, dua cedera kereta bertembung trak pikap di Kampung Gajah

Jan 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seorang lelaki maut manakala dua cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara dan trak pikap Isuzu Dmax di Kilometer (KM) 15 Jalan Kampung Gajah - Tanjung Tualang dekat sini petang tadi. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata  siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki dua penumpang itu dipercayai dari arah Batu Gajah menuju ke Kampung Gajah sebelum bertembung secara berhadapan dengan trak pikap berkenaan. "Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta yang mengalami patah tulang rusuk dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk menerima rawatan. "Pemandu trak pikap tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Menurutnya, kereta Proton Saga Iswara mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian sementara trak pikap mengalami kerosakan di bahagian depan, kiri dan dan kanan kemek, tayar hadapan pecah termasuk bumper bahagian belakang. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua mangsa termasuk yang maut dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk rawatan lanjut dan bedah siasat. "Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nur Muhammad Aizat Abdullah di talian 017-704 1317. Dalam pada itu, Mohd Yusri menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika memandu terutamanya pada musim hujan kerana disebabkan permukaan jalan yang licin. #PerakKini #kemalangan #maut #KampungGajah  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.