LaraMag

collapse
Home / UTAMA / SEKOLAH PENYAYANG , SEKOLAH PRIHATIN.

SEKOLAH PENYAYANG , SEKOLAH PRIHATIN.

Apr 23, 2024  Ramli Ahmad Rozali  2 views

Tanjong Rambutan - Warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Rambutan hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM 1,000 kepada adik Nor Fatihah bt Abdul Razak, pelajar tahun 6 Sigma yang kematian ibunya baru - baru ini.

  Menurut Guru Besar, Jasmaney Saidin, kutipan sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah yang sentiasa mengambil berat akan perihal pelajar.   “ Pihak sekolah bersimpati dengan adik Nor Fatihah malah adik Nor Fatihah adalah merupakan pelajar yang bijak dan pernah menjadi naib johan bagi Karnival Fitrah Orang Asli bagi kategori hafazan ”   “ Kami berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban beliau dan membantu segala urusan beliau kerana difahamkan beliau sekarang tinggal bersama makciknya” ujar beliau

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.