LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Sarjan mejar kritikal dipercayai terjatuh tingkat 4 sebuah bangunan sebelum majlis kahwin

Sarjan mejar kritikal dipercayai terjatuh tingkat 4 sebuah bangunan sebelum majlis kahwin

Jan 24, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam kini berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di kawasan Lumut, dekat sini. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihak menerima maklumat kira-kira jam 5.45 pagi semalam berhubung kejadian itu daripada orang awam. Menurutnya, anggota berusia 38 tahun yang bertugas di kontinjen Pahang itu sedang dalam tempoh bercuti. "Mangsa sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada 23 Januari 2023 (semalam) di rumah keluarganya di Ayer Tawar. "Susulan kejadian itu, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa. Katanya, motif kejadian masih belum diketahui dan dalam siasatan polis. Justeru, beliau menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor N Ravinthiran di talian 019-650 8489 bagi membantu siasatan. #PerakKini #PDRM #kritikal #jatuhbangunan  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.