LaraMag

collapse
Home / UMUM / ​Saran bela haiwan ternakan, tanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri - MB Perak

​Saran bela haiwan ternakan, tanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri - MB Perak

May 31, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari GOPENG - Kerajaan Perak menyarankan rakyat di negeri ini mengambil inisiatif dengan membela haiwan ternakan dan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Beliau berkata, langkah itu sebagai persediaan rakyat bagi membantu dalam mengurangkan isu bekalan krisis makanan yang dikatakan semakin meruncing​ sejak kebelakangan ini. "Contohnya, macam kambing, lembu, kerbau dan ayam ia boleh diternak di Malaysia atau tanam (sayur-sayuran) untuk sara diri. "Banyak tempat saya kempen tanam (sayur-sayuran) apa yang kita nak makan dan boleh dijual (sayur-sayuran) sekiranya bekalan itu berlebihan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Program Agrofest Raya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) 2022 di The Treasure @ Taman Herba Gopeng di sini, pada Selasa. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Yahanis Yahya. Saarani berkata usaha itu dilihat dapat membantu rakyat supaya tidak terlalu bergantung kepada bekalan makanan yang datang daripada luar. #PerakKini #krisismakanan #Gopeng #Perak

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.