LaraMag

collapse
Home / JENAYAH / Samun bersenjata kedai emas: Dua lelaki diburu, kerugian dianggarkan lebih setengah juta

Samun bersenjata kedai emas: Dua lelaki diburu, kerugian dianggarkan lebih setengah juta

Sep 10, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Dua lelaki bersenjatakan 'objek' menyerupai pistol bertindak menyamun kedai emas di Taman Ipoh Jaya di sini hari ini dan melarikan barang kemas termasuk wang tunai dianggarkan bernilai RM660,000. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu lebih kurang jam 10.15 pagi daripada orang awam. Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu pasukan siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dengan dibantu Pasukan Siasatan Forensik dan Bahagian D9 (Siasatan Khas) serta Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak segera menjalankan siasatan di lokasi kejadian. "Hasil siasatan awal mendapati, suspek disyaki dua orang lelaki bertindak mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga mangsa iaitu pekerja di kedai emas berkenaan sebelum melarikan barang kemas dan wang tunai dari dianggarkan bernilai RM660,000 daripada premis tersebut. "Siasatan turut mendapati kejadian itu berlaku ketika premis berkenaan baru hendak dibuka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. [caption id="attachment_3123" align="aligncenter" width="300"] Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Yahaya Hassan ketika meninjau lokasi kejadian samun bersenjata yang berlaku di sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya, pada Sabtu.[/caption] Beliau berkata, bagaimanapun ketiga-tiga mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. "Justeru, pihak polis sedang giat memburu dua suspek yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkawan bersenjata)," ujarnya. Berikutan itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 bagi membantu siasatan. "Di kesempatan ini, kita ingin menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan menjaga keselamatan diri serta harta benda supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini. "Selain itu, pengusaha-pengusaha perniagaan berisiko tinggi seperti kedai emas dan institusi kewangan disarankan supaya mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di premis masing-masing serta bekerjasama dengan pihak polis dalam inisiatif pencegahan jenayah," katanya. #PerakKini #samunbersenjata #kedaiemas #Ipoh  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.