Oleh Rosdalilah Zahari
IPOH - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) Perak merekodkan prestasi kewangan yang amat memberangsangkan sepanjang tahun 2021 apabila mencatatkan pendapatan sebanyak RM830 juta berbanding RM410.7 juta pada tahun sebelumnya.
Daripada sudut pengoperasian, pendapatan SADC Perak yang direkodkan pada tahun 2021 berjumlah RM511 juta iaitu peningkatan sebanyak 24.5 peratus berbanding tahun 2020.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata lonjakan pendapatan ini secara dasarnya dipengaruhi oleh faktor peningkatan harga purata Minyak Sawit Mentah (MSM) daripada RM2,692 satu metrik tan kepada RM4,371 satu metrik tan.
Menurutnya, rizab dana agensi berkaitan kerajaan (GLC) Perak itu turut merekodkan peningkatan sebanyak 62.2 peratus daripada RM473 juta pada tahun 2020 kepada RM767 juta pada tahun lalu.
"Nilai aset bersih SADC Perak turut dilaporkan melonjak daripada RM1.781 billion pada tahun 2020 kepada RM2.068 billion sepanjang tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus," katanya yang juga Pengerusi SADC Perak.
Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SADC Perak di sini, pada Isnin.
[caption id="attachment_1903" align="aligncenter" width="300"]
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.[/caption]
Saarani berkata, prestasi kewangan yang baik itu bukan sahaja membolehkan SADC Perak mengembangkan perniagaannya, tetapi juga memberi ruang kepada GLC Perak itu memainkan peranan signifikan membantu kerajaan negeri menjana semula ekonomi negeri dan rakyat dalam fasa endemik Covid-19.
"Ini termasuklah melaksanakan program pengupayaan kapasiti rakyat seperti pembangunan keusahawanan selain melaksanakan projek-projek pertanian berdaya maju sekaligus menambahkan pulangan pendapatan kepada SADC Perak selain disalurkan kepada golongan memerlukan.
“Pada tahun ini sahaja, SADC Perak memperuntukkan sejumlah RM30.7 juta bagi sumbangan kepada rakyat serta alam sekitar,’’ jelasnya.
Katanya, bagi mengukuhkan inisiatif membantu rakyat, SADC Perak mewujudkan konsep #kongsirezeki sebagai platform untuk menyalurkan sumbangan atau bantuan kepada golongan asnaf melalui program tanggungjawab sosial iaitu Agihan Ladang Asnaf menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Sumbangan berjumlah RM90,000 disalurkan dalam program ini bakal memberi manfaat kepada 300 penerima dalam kalangan golongan asnaf yang mana setiap daripada mereka akan menerima RM300.
"Selain itu, SADC Perak juga turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM1,416,500 sepanjang bulan Ramadan kepada penerima di beberapa daerah di negeri Perak membabitkan sekolah, masjid, maahad tahfiz, penyediaan bubur lambok serta program tadarus Al-Quran.
"Alhamdulillah, SADC Perak terus melakar kejayaan demi kejayaan. Insiatif #kongsirezeki ini adalah manifestasi komitmen berterusan Perak SADC untuk terus menyantuni rakyat serta golongan yang memerlukan.
"Sebelum ini pun sudah menjadi tanggungjawab SADC Perak menyantuni golongan rakyat yang memerlukan dan memandangkan prestasi yang semakin baik, maka kita kongsi lebih lagi bersama rakyat," ujarnya
#PerakKini #SADCPerak #pendapatan