LaraMag

collapse
Home / SUKAN / Rifdean, Chi Hui Olahragawan/Wati Terbaik Anugerah Sukan Negeri Perak 2021/2022

Rifdean, Chi Hui Olahragawan/Wati Terbaik Anugerah Sukan Negeri Perak 2021/2022

Aug 11, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Atlet Muay Thai Kebangsaan, Mohamad Rifdean Masdor dan atlet berbasikal, Nyo Chi Hui dinobatkan selaku Olahragawan serta Olahragawati Terbaik pada Anugerah Sukan Negeri Perak Darul Ridzuan 2021/2022 di Casuarina @ Meru, malam tadi. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis penyampaian anugerah kepada kedua-dua atlet berkenaan. Kedua-dua atlet terbabit masing-masing membawa pulang trofi, piala pusingan, blazer dan wang tunai berjumlah RM7,000. Mohamad Rifdean menewaskan atlet boling padang, Izzat Shameer Dzulkeple dan atlet terjun, Muhammad Syafiq Puteh. Chi Hui pula menewaskan atlet tenpin Muay Thai, Nur Amisha Azrizal dan atlet renang, Joelle Chan Zu-Ee. Untuk rekod, Mohamad Rifdean berjaya melengkapkan hatrik selepas muncul juara Kejohanan Muay Thai tiga kali bermula 2019, 2021 dan 2023. Manakala, Chi Hui memenangi emas menerusi acara scratch race dan perak menerusi acara omnium and team sprint dalam Asia Cycling Championship (ACC) 2022. Dalam pada itu, atlet olahraga, Mohammad Azeem Mohamad Fahmi menerima anugerah Olahragawan Harapan 2021/2022 manakala anugerah Olahragawati Harapan 2021/2022 menjadi milik atlet tenis, Shihomi Leong Li Xuan. Majlis berkenaan turut menyaksikan skuad hoki Piala Tun Abdul Razak menerima anugerah selaku pasukan terbaik manakala Ketua Jurulatih Skuad Muay Thai Kebangsaan, Bernard Anak Radin menerima anugerah jurulatih terbaik 2021/2022. Anugerah keluarga sukan pula menjadi milik petanque Perak, Mohamad 'Ariffin Abu Bakar. Sementara itu, pada majlis itu Ketua Biro Utusan Malaysia, Sayed Mohd Hesham Syed Idris pula menerima Anugerah Media Massa untuk edisi kali ini. Anugerah Khas Atlet Terbaik Para Lelaki dimenangi atlet olahraga, Mohammad Ashraf Mohd Haisham manakala Atlet Terbaik Para Wanita dimenangi atlet memanah, Nur Jannaton Sarnoh. #PerakKini #KerajaanNegeriPerak #MSN #AnugerahSukanNegeriPerakDarulRidzuan20212022 #RBZ  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.