LaraMag

collapse
Home / UMUM / Remaja perempuan 16 tahun berdepan detik cemas tersangkut di buaian

Remaja perempuan 16 tahun berdepan detik cemas tersangkut di buaian

Jun 10, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari BIDOR - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berdepan detik cemas selepas tersangkut di buaian kanak-kanak dalam kawasan Taman permainan berhampiran Pasar Bidor, di sini pada Sabtu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 pagi dan segera bergegas ke lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersangkut. Menurutnya, peralatan menyelamat digunakan bagi memotong buaian tersebut untuk mengeluarkan mangsa terbabit. [caption id="attachment_6222" align="aligncenter" width="225"] Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan remaja yang tersangkut dia buaian. Foto JBPM Perak[/caption] "Mangsa dikeluarkan dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya pada Sabtu. Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Tarmizi Rasid itu tamat pada jam 9.30 pagi. #PerakKini #JBPM #remaja #tersangkut #buaian #RBZ      

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.