Oleh Rosdalilah Zahari
Pemerintah paling lama dalam sejarah moden Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Barmoral, Scotland, pada Khamis (waktu tempatan).
Berita sedih itu dimaklumkan melalui kenyataan daripada Istana Buckingham.
Terdahulu, ahli keluarga Diraja Britain, bergegas pulang apabila doktor Ratu Elizabeth II menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan baginda yang dalam pengawasan perubatan.
Melalui kenyataan Istana Buckingham berdasarkan penilaian pagi tadi, doktor mengambil berat kesihatan baginda serta menjelaskan ratu stabil dan berada di Balmoral.
Berikutan kemangkatan baginda, bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang.
Jadual siaran televisyen dan radio juga akan dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.
#PerakKini #RatuElizabethII #mangkat