LaraMag

collapse
Home / BISNES / RANCAK EKONOMI BIDANG PERTANIAN

RANCAK EKONOMI BIDANG PERTANIAN

Jul 31, 2020  Admin Perak Kini  1,695 views
Selaku agensi kerajaan negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) ingin bersama-sama merancakkan kembali ekonomi dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi membantu rakyat negeri Perak. Peluang-peluang pekerjaan ini fokus di dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan di negeri Perak. Antara projek-projek di bawah Skim Usahawan Agrotani ini adalah: 1. Pemacu Usahawan PPPNP (Agropreneurpitch dan Skim Pinjaman Usahawan Tanpa Faedah) 2. Projek Rintis Ladang Usahawan Graduan Senggang 3. Perak Agriculture Integrated Valley (PAIV) 4. Projek Pemacu Agrotani (Pemacu@Patro, Lambor dan Lekir) 5. Green Perak Urban Farming (Green Perak) PPPNP menyeru semua rakyat negeri Perak yang terkesan semasa PKP untuk membuat permohonan bagi projek-projek di atas dan memberi peluang kepada PPPNP untuk membantu anda semua. Bagi yang berminat menyertai projek ini, syarat-syarat kelayakan bagi setiap projek adalah seperti yang tertera pada risalah/poster yang disediakan. Sebarang pertanyaan mengenai projek ini, anda boleh menghubungi Unit Usahawan PPPNP di talian 013-490 3800 atau 05-2537924. #UsahawanPPPNP #SkimUsahawanPPPNP #PPPNP #SADC

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.