LaraMag

collapse
Home / UMUM / Rakyat terus diberi perhatian di Parlimen Tambun

Rakyat terus diberi perhatian di Parlimen Tambun

Mar 31, 2022  Admin Perak Kini  2 views
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun menyampaikan sumbangan wang tunai, baik pulih rumah dan kotak makanan kepada beberapa penduduk di kawasan Pekan Chemor hari ini. Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Khas Parlimen Tambun, Zainah Akmar bt Zaaba dan Ketua Kampung Kanthan Baru, Chai Yoon Loong. Liew Poh Woon, 47, merupakan seorang pesakit diabetes dan sakit buah pinggang tidak dapat bekerja lagi kerana kakinya dipotong disebabkan penyakit yang dialaminya. Begitulah juga dengan nasib yang menimpa Teoh Kay Lai, 59, yang menderita masalah buah pinggang, darah tinggi, diabetes dan kakinya dipotong menyebabkan dia tidak mampu bekerja lagi. Hiba melihat tangisan isteri beliau menitiskan air mata apabila menerima bantuan tersebut. Bekerja sebagai tukang cuci di Sekolah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kanthan Baru, Chemor, Chin Yeow Ling, 62, tidak mempunyai pendapatan yang tinggi untuk membaiki bumbung rumah yang berlubang dan dapur yang telah rosak. Dia kemudian memohon bantuan untuk membaiki kerosakan tersebut. Dengan kepimpinan Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Pusat Khidmat Parlimen Tambun akan terus berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka.

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.