LaraMag

collapse
Home / UMUM / Rakam, ambil gambar tapak pelupusan sampah haram dan hantar aduan terus kepada KPKT

Rakam, ambil gambar tapak pelupusan sampah haram dan hantar aduan terus kepada KPKT

Sep 24, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari ORANG ramai di gesa untuk mengemukakan aduan secara terus kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di tapak pelupusan sampah haram. KPKT melalui hantaran ringkas di Facebooknya meminta kerjasama orang ramai untuk merakam dan menangkap gambar kawasan tapak pelupusan sampah haram bagi memudahkan penguatkuasaan tindakan untuk dilaksanakan. Hantaran ringkas itu turut mengingatkan masyarakat supaya terus menjaga kebersihan serta kualiti alam sekitar di Malaysia. "Sebarang aduan boleh diajukan terus melalui kpkt.spab.gov.my. "Tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) ke atas pihak yang terlibat jika sabit kesalahan," jelasnya. #PerakKini #KPKT #sampahharam #RBZ    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.