LaraMag

collapse
Home / UMUM / Rabbit Wonderland tarikan terbaharu LWOT, dibuka kepada pengunjung mulai 20 Januari

Rabbit Wonderland tarikan terbaharu LWOT, dibuka kepada pengunjung mulai 20 Januari

Jan 12, 2023  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Sempena sambutan perayaan Tahun baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, taman tema terkenal Lost World of Tambun (LWOT) akan memulakan tahun arnab dengan tarikan terbaharu mereka iaitu Rabbit Wonderland. Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, kawasan yang menempatkan 250 ekor arnab pada satu-satu masa itu akan mula dibuka kepada pengunjung mulai 20 Januari ini. Menurutnya, terdapat 14 baka arnab yang ditempatkan di situ antaranya adalah Holland Lop, Dwarf Hotot, Chinchilla, Standard Rex, New Zealand dan Netherlands Dwarf. Katanya, Rabbit Wonderland menyediakan kawasan persekitaran yang lebih besar dan luas untuk pengunjung bersantai sambil bermanja dengan pelbagai jenis arnab di kawasan bukit batu kapur itu. Selain itu, beliau berkata pengunjung turut dibenarkan memberi arnab makan (makanan untuk arnab yang dijual di Petting Zoo) dan bermain dengan haiwan berkenaan. "Arnab adalah haiwan yang comel dan disukai kanak-kanak mahupun dewasa serta boleh menarik lebih ramai pengunjung untuk mendekatinya. "Kira-kira 250 ekor arnab akan berada di persekitaran Rabbit Wonderland serta di dalam Hobbit House yang terdapat di kawasan tersebut," katanya ketika ditemui di LWOT hari ini. Orang ramai yang ingin menyaksikan gelagat comel arnab ini boleh mengunjungi Rabbit Wonderland yang terletak di dalam Petting Zoo LWOT. Kanak-kanak atau mungkin ibu bapa mereka serta pengunjung yang ingin tahu mengenai haiwan ini juga boleh bertanya kepada renjer Petting Zoo yang mempunyai pengetahuan luas mengenai arnab. #PerakKini #LWOT #RabbitWonderland #PettingZoo #Tambun  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.