Oleh Rosdalilah Zahari
[caption id="attachment_2084" align="aligncenter" width="250"]
Penyodok yang digunakan untuk membuang air di atas padang.-Foto: Ihsan Pembaca.[/caption]
ULU KINTA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berpuas hati di atas penjelasan yang diberikan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Bahrain Sabtu lalu.
Sebelum ini tular di platform media sosial berhubung keadaan padang begitu teruk selain terpaksa menggunakan penyodok atau kertas kadbod untuk membuang air selepas hujan lebih dua jam.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata masalah paling besar sebenarnya adalah perubahan iklim yang ketara dan pada petang sebelum perlawanan itu berlangsung, hujan lebat telah berlaku.
Menurutnya, perlawanan antara Bangladesh dan Turkmenistan juga berlangsung pada petang yang sama menyebabkan air bertakung dalam padang berkenaan.
"Jika dilihat pada jam 8 malam sebelum perlawanan, seluruh padang itu bertakung dan kita lihat air telah diserap melalui sistem saliran yang berfungsi dengan baik.
"Saya kira pandangan daripada PSM, jika diberi sedikit masa lagi padang itu boleh menjadi lebih baik daripada keadaan sebelumnya.
"Mungkin disebabkan perlawanan itu tetap diteruskan mengikut jadual, berlakunya isu-isu yang dibangkitkan (padang bertakung)," katanya.
[caption id="attachment_2082" align="aligncenter" width="300"]
Ahmad Faizal ketika merasmikan Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, di sini pada Isnin.[/caption]
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Surau Al-Faizin Sekolah Kebangsaan (SK) Pasukan Polis Hutan di Ulu Kinta, di sini pada Isnin.
Katanya, netizen perlu tahu bahawa Perlawanan Kelayakan Bola Sepak Piala Asia 2023 diuruskan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bukannya dengan KBS atau PSM.
"Rakyat kena faham itu dahulu dan bukan terus marah kepada Menteri. Tetapi benar Menteri bertanggungjawab pada sukan dan kita akan terus bekerjasama dengan pihak AFC dan FAM serta berharap perkara sama tidak berulang lagi pada masa akan datang," jelasnya.
Menyentuh isu venue perlawanan antara Malaysia dan Bangladesh pada Selasa ini, Ahmad Faizal berkata ia tetap diadakan di SNBJ.
"Perlawanan itu kekal di venue sama. Nasihat saya kepada AFC dan FAM mungkin kita boleh menggunakan beberapa stadium lain untuk perlawanan seperti ini.
"Contohnya seperti perlawanan yang tidak melibatkan banyak penonton seperti Turkmenistan dan Bangladesh kita boleh menggunakan Stadium Kuala Lumpur sebagai alternatif tetapi SNBJ boleh digunakan untuk perlawanan membabitkan pasukan negara," ujarnya.
Terdahulu media melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi tampil menjelaskan situasi berkenaan yang melihat penggunaan penyodok atau kertas kadbod untuk membuang air sepatutnya tidak digunakan penganjur kerana akan merosakkan padang berkenaan.
Beliau berkata, PSM sudah mencadangkan supaya perlawanan pada malam tadi dilewatkan untuk tempoh sekurang-kurangnya setengah jam namun pihak penganjur tetap mahu meneruskannya seperti waktu ditetapkan sekali gus menyebabkan padang rosak.
#PerakKini #isupadang #rosak #SNBJ #bolasepak #PialaAsia2023