LaraMag

collapse
Home / UMUM / PTR anjur 'Quick Game' uji minda anggota MBI

PTR anjur 'Quick Game' uji minda anggota MBI

Jul 07, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Kepopularitian drama Korea 'Squid Game' menjadi pencetus idea untuk Perpustakaan Tun Razak (PTR) menganjurkan 'Quick Game' yang disertai 100 pegawai, kakitangan dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada hari ini. Antara permainan yang dipertandingkan adalah Stereo PTR; Come on buddy, be quick; Tower Ranger; Sambung-Sambung dan Ting Tong Pong. [caption id="attachment_2368" align="aligncenter" width="260"] Pengurus PTR, Rohayu Mohd Tahir.[/caption] Pengurus PTR, Rohayu Mohd Tahir berkata diadaptasi daripada siri Netflix itu sebanyak tujuh permainan perlu diselesaikan oleh 20 kumpulan dari pelbagai Jabatan dan Unit MBI yang menyertai pertandingan berkenaan. "Quick Game adalah adaptasi daripada drama Korea terkenal Squid Game dengan permainan yang kami reka untuk menguji minda dan fizikal peserta. "Selain itu, pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat  kerjasama antara satu sama lain," katanya ketika ditemui Perak Kini selepas upacara perasmian Quick Game yang disempurnakan Ketua Whip Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman di PTR,  di sini pada Khamis. Hadir sama, Pengarah Perbendaharaan Bandaraya, Mohd Syazlan Mohd Isa Suffian dan Pengarah Kanan (Kewangan), Saidatul Akma Jamaludin. [caption id="attachment_2367" align="aligncenter" width="300"] Mazlan (dua kiri) ketika merasmikan pertandingan Quick Game di PTR pada Selasa.[/caption] Dalam pada itu, Rohayu berkata melalui pertandingan ini peserta secara tidak langsung dapat mengenali PTR dengan lebih dekat. "Kami ingin memperkenalkan beberapa tarikan baharu di PTR antaranya lukisan mural, projek pertanian bandar dan fertigasi. "Justeru, diharap lebih ramai warga kota datang ke PTR untuk mendapatkan ilmu dengan buku yang di kemas kini dari semasa ke semasa," jelasnya. Sementara itu, Mazlan memuji insiatif dan kerjasama yang dilakukan antara PTR dan MBI serta berharap hubungan baik itu akan terus berkekalan. Pada pertandingan yang julung kali diadakan itu Compass Mantis dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang RM500. Tempat kedua dimenangi Glitter PPK (RM300) manakala  D'Engine menduduki tempat ketiga (RM200) dan kesemua pemenang turut menerima hamper. #PerakKini #SquidGame #QuickGame #PTR #MBI #Ipoh

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.