LaraMag

collapse
Home / UMUM / PTPTN anjur Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Perak - 1,200 pelajar asnaf terima manfaat

PTPTN anjur Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Perak - 1,200 pelajar asnaf terima manfaat

Jun 11, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Didik Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime menyumbangkan RM120,000 kepada 1,200 pelajar asnaf di 24 Parlimen sekitar Perak. Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata program itu dilaksanakan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia bagi tujuan masa pendidikan anak-anak. Menurutnya, sebanyak RM100 akan disumbangkan kepada seorang pelajar dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap kawasan Parlimen. "Program yang turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima dalam usaha untuk membudayakan penabungan awal melalui simpanan pendidikan," katanya. Teks ucapan Zainol Fadzi dibacakan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Puteri Holijah Muhamad Rali yang mewakili beliau merasmikan Program Didik Simpan SSPN 2022 Peringkat Negeri Perak di Dewan Ghazain, Persiaran Meru Point di sini pada Sabtu. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid JPN Perak, Izlin Hani Mohd Mokhtar. Program Didik Simpan SSPN 2022 telah dilaksanakan bermula April hingga Disember 2022 membabitkan lima negeri iaitu Sabah, Sarawak, Perak, Selangor dan Johor yang memperuntukkan sumbangan wakalah zakat PTPTN berjumlah RM640,000 kepada 6,4000 pelajar asnaf di lima negeri berkenaan. Untuk makluman Simpan SSPN Prime adalah produk simpanan pendidikan di bawah PTPTN yang dijamin kerajaan dan patuh syariah. Antara kelebihan produk ini adalah kadar dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih hingga RM8,000 setahun. Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak dan perlindungan takaful secara percuma. #PerakKini #PTPTN #pelajar #asnaf #Perak  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.