LaraMag

collapse
Home / POLITIK / PRU15: Pilih calon luar tidak bererti PKR Perak ketandusan calon tempatan

PRU15: Pilih calon luar tidak bererti PKR Perak ketandusan calon tempatan

Oct 27, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
Oleh Rosdalilah Zahari IPOH - Pemilihan dua calon luar untuk bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti bukan bererti PKR Perak ketandusan calon di negeri ini. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak semestinya pemilihan calon luar untuk bertanding di Perak menunjukkan PKR di negeri ini tiada calon yang sesuai. "Dia kalau ada 100 calon, dua calon luar takkanlah kita ketandusan calon. Sebab orang Perak bertanding di luar pun ada," katanya. Beliau berkata pada sidang media di Pusat Operasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, di sini pada Khamis. Dalam perkembangan sama, Presiden PKR itu berkata calon luar atau calon tempatan bertanding di kawasan mana itu bukan persoalannya. Katanya, apa yang penting calon yang bakal bertanding itu dapat membantu PH dalam merubah lanskap politik negara. Semalam, Anwar mengumumkan anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Zainal Azman Abu Seman akan bertanding pada PRU15 ini di atas tiket PKR di Perak. #PerakKini #PakatanHarapan #PH #PKR #PRU15 #Perak    

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.