LaraMag

collapse
Home / POLITIK / PRU15: PH bertanding guna satu logo

PRU15: PH bertanding guna satu logo

Aug 25, 2022  Ramli Ahmad Rozali  2 views
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menggunakan satu logo bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini. memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan majlis berkenaan, semalam. "Satu reka bentuk baharu logo itu juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15," menurut kenyataan itu. Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. – BERNAMA  

Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.